Skip to main content

Pemetaan
Utiliti

Satu proses kerja-kerja pengukuran dan pengesanan untuk memperoleh data-data pepasangan utiliti dari aspek kedudukan, kedalaman, jenis, dan saiz pepasangan utiliti yang terdapat/ditanam di bawah tanah.

Unmanned Aerial
Vehicle (UAV)

Pesawat kecil tanpa juruterbang yang boleh diprogramkan untuk penerbangan berasaskan input larian penerbangan yang telah dimasukkan ke dalam processor navigasi di dalam pesawat tersebut.

Geograhic Information
System (GIS)

Sistem maklumat geografi (GIS) adalah satu sistem (perkakasan dan pangkalan) yang telah direkabentuk dengan cekap untuk mengumpul, mengemaskini, menganalisa, memanipulasi dan memaparkan maklumat yang dirujuk secara geografi (data dikenalpasti secara lokasinya).

Ukuran Hidrografi

Memberi perkhidmatan ukuran hidrografi yang merangkumi kerja-kerja pengukuran bagi tujuan pemetaan dasar laut termasuk sungai dan tasik

Ukuran Stratum

Memberi perkhidmatan ukuran hakmilik bagi lapisan petak dalam bangunan yang dipecah bahagi dibawah paras bumi

Ukuran Strata

Suatu pembangunan hartanah yg membahagikan bangunan dan tanah kpd petak‐petak dan petak aksesori serta harta bersama

Ukur Kadaster

Memberi perkhidmatan ukuran kadaster bagi tujuan pendaftaran hakmilik, pewartaan, penandaan sempadan, pengesahan sempadan dan lain-lain yang berkaitan dengan pentadbiran tanah. Kerja-kerja ukur khusus untuk pemilikan tanah disebut sebagai ukur hakmilik Kadastra yang berhubung kait dengan pendaftaran sesuatu hakmilik bagi pelupusan tanah, pecah sempadan, pecah bahagian dan cantuman termasuk:
(1) Menanda, mengganti, menanam pastian dan mengesahkan tanda-tanda sempadan di mana perlu; (2) Penawanan data ukuran; (3) Penyediaan hitungan; (4) Penyediaan

Ukur Kejuruteraan

Menentukan keluasan dan isipadu tanah yang terlibat dalam kerja-kerja tanah (earth-work); (2)  Memastikan binaan yang dibuat adalah pada kedudukan yang betul sebagaimana yang ditunjukkan diatas pelan reka bentuk; (3)  Merekodkan kedudukan akhir binaan termasuk semua pindaan yang dilakukan; (4)  Menyediakan titik-titk kawalan berkejituan tinggi bagi tujuan pengawasan binaan-binaan tertentu

Ukur Topografi

Penawanan data mengenai kedudukan dan bentuk paramuka-paramuka di permukaan bumi sama ada semulajadi atau ciptajadi. Ia dijalankan untuk menghasilkan peta topografi dan pelan butiran berskala besar dan kecil untuk kegunaan perancangan, pembangunan, pembinaan dan pengawasan. Kaedah-kaedah yang digunakan di dalam ukur topografi ialah Ukur Aras, Tekimetri, Fotogrammetri dan Penderiaan Jauh.

Ukuran Astronomi Lapangan

Ukuran penentuan arah kiblat masjid, surau dan hotel. Ukuran demakasi dan setting out untuk pembinaan masjid dan surau.

Ukuran Deformasi

Ukuran untuk kerja-kerja pengawasan cerun-curan, celurang, dam, hakisan tanah, hakisan laut dan pembinaan termaju seperti empangan, dam, terowong dan terusan.Penyediaan data-data horizontal dan tegak pergerakan untuk kegunaan analisis pakar.

Pembekal Alatan Ukur

Pembekal alatan ukur

Sebuah firma ikhtisas dimiliki oleh bumiputra 100% yang menyediakan perkhidmatan perunding ukur tanah yang berlesen

Alamat

Cawangan Melaka

22-1 & 24-1, Kompleks Niaga Melaka Perdana

Jalan KNMP 3

75450,Ayer Keroh, Melaka

Cawangan Pahang

No. 52-BF, Tingkat Satu,
Lorong Bandar Putra 7/1,
Putra Business Centre,
26060 Kuantan Pahang

Hubungi Kami

T: 06-2346629 (Melaka), 09-5349627 (Pahang)
Fax: 06-2346630

Facebook