Skip to main content

Latar Belakang Firma

PROMAP CONSULTANTS SDN BHD adalah sebuah firma ikhtisas yang dulunya dikenali Promap Survey Consultants dimiliki oleh bumiputra 100% yang menyediakan perkhidmatan perunding ukur tanah. Telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia sebagai perunding ukur tanah dibawah kod bidang 330203 dan sebagai pembekal di bawah bidang 210110 bagi perkhidmatan geographic information system (GIS), kod bidang 221201 bagi perkhidmatan topografi, kod bidang 221204 bagi perkhidmatan hidrografi dan kod bidang 221206 bagi perkhidmatan pemetaan utiliti bawah tanah. Sr Abdul Hamid bin Che Amat adalah merupakan pemilik yang berdaftar dengan Lembaga Juruukur Tanah Malaysia (LJT), No Lesen: 475, sebagai Jurukur Tanah Bertauliah yang dilesenkan dibawah Akta 458, 1958 (Di semak 1991). Sebagai entiti professional yang telah lama berkecimpung dalam bidang ukur tanah (geomatik) disektor awam dan swasta, firma kami telah menyahut seruan kerajaan untuk sama-sama membangunkan negara dengan menyumbangkan kepakaran yang dimiliki, khususnya dalam bidang ukur tanah, pemetaan dan sistem maklumat geografi (GIS). Firma ini juga berdaftar sebagai perunding di beberapa kementerian, agensi kerajaan dan syarikat GLC, seperti Kementerian Kerja Raya, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pelajaran dan Tenaga Nasional Berhad, PERTAM serta beberapa agensi lain. Bagi mencapai hasrat tersebut, firma ini menyediakan perkhidmatan yang terbaik dengan menggunakan teknologi terkini dalam penawanan data, prosesan data dan produk akhir.

Objektif

PROMAP CONSULTANTS SDN BHD mempunyai wawasan untuk memberi perkhidmatan dan sumbangan dalam membangunkan negara secara efisen dan professional dengan pasukan kerja yang komited, kreatif dan inovatif.

Misi

Memberi perkhidmatan perundingan dalam bidang geomatik, sistem maklumat tanah (GIS) dan pembangunan tanah secara professional dan efisen kepada pelanggan.

Visi

Peneraju Geoinformatik Yang Dinamik.

Sebuah firma ikhtisas dimiliki oleh bumiputra 100% yang menyediakan perkhidmatan perunding ukur tanah yang berlesen

Alamat

Cawang Melaka

22-1 & 24-1, Kompleks Niaga Melaka Perdana

Jalan KNMP 3

75450,Ayer Keroh, Melaka

Cawangan Pahang

No. 52-BF, Tingkat Satu,
Lorong Bandar Putra 7/1,
Putra Business Centre,
26060 Kuantan Pahang

Hubungi Kami

T: 06-2346629 (Melaka), 09-5349627 (Pahang)
Fax: 06-2346630

Facebook